Kepentingan Ikhlas
Para Rabbani yang terdiri dari pada mereka yang aktif dalam pendidikan rohani dan yang berjalan kepada Allah telah bersetuju, bahawa kepentingan ikhlas bagi setiap amal untuk bekalan akhirat dan bagi setiap orang yg meniti jalan menuju Allah.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dlm Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yg memakan seperempat bahagian dari kitab Al-Ihya' :
"Dgn hujjah iman yg nyata dan cahaya al-Quran, mereka yg mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tdk akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua org pasti akan binasa kecuali mereka yg berilmu. Mereka yg berilmu pasti akan binasa kecuali yg aktif beramal. Semua org yg aktif beramal akan binasa kecuali mereka yg ikhlas."
Jadi sebutan mereka yg ikhlas sangat rentan. Amal tanpa niat adalah ketololan, niat tanpa ikhlas adalah riya', yang berarti sama dengan kemunafikan dan tidak berbeda dengan kedurhakaan. Ikhlas tanpa kejujuran dan pelaksanaannya adalah sia-sia.
Allah telah berfirman tentang setiap amal yg dimaksudkan kecuali Allah, sbg suatu yg tidak bermatlamat. Di dlm al-Quran Allah tlh berfirman yg bermaksud :
"Dan Kami menghadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan." (al-Furqan: 23)
Perkara yg serupa dengan apa yang dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sblmnya juga tlh dikatakan oleh seorang Rabbani yg arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary, "Semua manusia spt org yg sdg cewek kecuali mereka yg berilmu. Semua org yg berilmu adalah org yg bingung kecuali mereka yg mengamalkan ilmunya."
Dlm lafaz lain beliau berkata, "Dunia ini adalah kematian dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas pemilik kecuali yg diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yg dilaksanakan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam bahaya yg besar sehingga tetap berakhir dgnnya. "
Sebagian yang lain juga berkata, “Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas.”
Ibnu 'Atha'illah berkata dalam Al-Hikam, "Sesungguhnya Allah tdk menyukai amal yg mendua (berbelah bahagi), dan tdk pula hati yg mendua. Amal yg mendua tdk diterima dan hati yg mendua juga tdk akan diterima."
Amal yg tdk disertai ikhlas adalah ibarat gambar yg mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bkn rupa dan bentuknya. Maka dr itu Dia menolak setiap amal yg pelakunya tertipu dengan amalnya.
Dlm hadits shahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kpd jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kpd hati kamu.” Baginda memberi isyarat ke arah hati dengan jari-jari tangan lalu berkata, "Taqwa itu letaknya di sini." Dan Baginda memberi isyarat ke arah dada sebanyak tiga kali.” (HR Imam Muslim)
Allah berfirman ttg mereka yg menyembelih hewan qurban, iaitu yg dilakukan oleh mereka yg menunaikan haji dan umrah :
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tdk dpt mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan drp kamulah yg dpt mencapainya.” (al-Hajj: 37)
Allahu a'lam..
Fit-Thariq Ilallah : An-Niyyah Wal-Ikhlas, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar